Sunday 16 September 2012

tentang hari kemerdekaan..

Tentang hari kemerdekaan. Merdeka adalah satu kebebasan dari penjajah.. Pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957, bendera jack telah diturunkan iaitu bendera british dihadapan bangunan Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur... Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Duke telah diiringi oleh Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Donald MacGillivray. Raja-raja Melayu pula duduk dipayungi oleh sembilan payung kuning, Yang DiPertuan Agong pula duduk di tengah-tengah, di kirinya Tunku dan di kanannya Duke. Duke kemudiannya menyerah ‘Instrumen Kemerdekaan’ yang mana merupakan suatu pengakuan British bahawa ia menyerahkan kedaulatan Pulau Pinang dan Melaka kepada negara baru ini dan seterusnya menarik balik ‘perlindungan’ yang diberikan kepada negeri-negeri Melayu. Akhir sekali, laugan kemerdekaan yang suarakan oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka yang dibanjiri oleh anak-anak bangsa yang datang dari setiap pelusuk negeri dan juga satu peristiwa yang penuh bererti, buat kita semua yang tidak dapat dilupakan dan tersemat disanubari sehingga mati. Merdeka telah kita miliki Merdeka! Merdeka! Merdeka! 
  

No comments:

Post a Comment